
bersama budayakan dakwah
Komuniti Dakwah Tarbiah adalah sebuah NGO yang bertujuan menggerakkan serta membudayakan dakwah, tarbiah, pendidikan dan kebajikan dalam kalangan masyarakat.
Terdapat pelbagai program, kempen, aktiviti dan majlis ilmu yang dirancang serta dilaksanakan dan digerakkan.
Hasrat dan harapan kami agar usaha dakwah dan tarbiah ini akan terus berakar umbi di peringkat kanak-kanak, remaja, pemuda, dewasa bahkan warga emas juga.
Tanpa mengira pangkat dan harta, miskin atau kaya, sihat mahupun sakit, muda atau tua, kami bertekad untuk santuni dan sebarkan manfaat, dakwah, ilmu dan kebajikan.
Visi
Peneraju Arus Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menjelang 2030

Misi
Menggerakkan kempen untuk membantu golongan memerlukan melalui program pembangunan dan bantuan kebajikan
Menubuhkan pusat dakwah sebagai medan kebajikan dan aktiviti masyarakat