Maktab Tarbiah berfungsi sebagai satu wadah untuk melaksanakan aktiviti dakwah dan tarbiah kepada masyarakat terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak. Di bawah inisiatif ini, kami menawarkan tajaan pengajaran Al-Quran serta Fardu Ain kepada golongan remaja dan kanak-kanak dari golongan asnaf.
Selain itu kami ada juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan remaja di masjid atau surau terdekat seperti Pembaikian bacaan dalam solat dan Kursus Pengurusan Jenazah.